Kelas Advokasi (Modul Pengurusan Risiko Dalam Talian – Penipuan Kewangan & Kawal Selia Kendiri)

25 Ogos 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 24 Ogos 2019 (Sabtu), Pusat Internet Rantau Panjang Sibu telah mengadakan Kelas Advokasi (Modul Pengurusan Risiko Dalam Talian – Penipuan Kewangan & Kawal Selia Kendiri). Objektif kelas itu adalah memantapkan pemahaman peserta-peserta dalam Advokasi Penipuan Kewangan & Kawal Selia Kendiri. Kelas ini diadakan selama 2 jam dari jam 2 hingga 4 petang. Seramai 11 orang peserta yang hadir iaitu 7 peserta lelaki dan 4 peserta perempuan. Peserta yang hadir adalah dikalangan pelajar sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah.

Dalam kelas Advokasi ini, 2 tajuk diperkongsikan iaitu Penipuan Kewangan & Kawal Selia Kendiri. Untuk Penipuan Kewangan tentang apa itu Penipuan Kewangan, jenis-jenis penipuan, contoh-contoh penipuan serta bagaimana mengelak dari menjadi mangsa Penipuan Kewangan yang sedang berleluasa masa kini. Manakala untuk Kawal Selia Kendiri pula, terangkan Kawal Selia Kendiri serta keperluannya untuk peserta tahu. Selain itu, peserta juga didedakan beberapa kes yang berkaitan hingga memudaratkan dan tip-tip yang perlu dalam Kawal Selia Kendiri ini. Setelah itu, setiap peserta disoal bagi mengukur sejauh mana pemahaman mereka berkenaan tajuk pada petang tersebut.

Daripada kelas petang tersebut didapati peserta memahami apa yang dikongsikan dalam sesi Kelas Advokasi. Moga perkongsian dalam kelas petang ini dapat menjadi garis pandu kepada peserta-peserta yang hadir dalam mereka melalui dunia siber.

# KLIK DENGAN BIJAK

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali